Friday, August 27, 2010

Ramadhan

Indeed, this Ramadhan has shed some new lights in my life. No more whirpool of emo, heart-breaks or even grudges. I feel at ease most of the time, in fact I managed to go on without having to worry that I couldn't do it. Classes are fully attended, outlines are thoroughly checked, consultation hours are obediently observed. I must confess that this Ramadhan I trully get the feel & spirit of it. But its more than that; Terawih, tadarus & sahur..I managed to do complete all three. Terawih & tadarus berimamkan suami sendiri itu yang paling indah sekali. After so many years of not being able to read Qu'ran with an ust, I finally got it back. Alhamdullilah.. Bukan sekadar tajwid, tetapi lengkap dgn translation sekali. Dulu2, kalau baca mengaji, mesti kena sediakan terjemahaan tapi sekarang, lepas baca Qu'ran, imam saya akan translate utk saya. Ya, saya memang bertuah & tak pernah bermimpi untuk berkongsi hidup dgn seorang ust. Mungkin org lain akan kata, saya menunjuk2, tp itulah hakikatnya. saya bukan sekadar dpt suami, tp saya juga mendapat imam yang akan mengimamkan segala solat wajib & sunat saya, Insyaallah. After 5 years, I finally know all the mysteries behind what have been bestowed upon me by Him.
Saya juga sudah mula mengerti erti zuhud bila suami hanya mahu berbuka dengan beberapa biji buah tamar, kuih-muih serta minuman panas. Selepas itu, kami bersolat Maghrib dan terus bersiap untuk ke surau untuk Isya' & terawih. Setelah 18 hari di bulan Ramadhan, bazar Ramadhan hanya dijengah sebanyak 2 kali sahaja. Itupun sebab kami ataupun saya sendiri ada urusan di Segamat. Tapi seronok sebab betul2 boleh enjoy suasana itu.
Sahur merupakan saat yang mungkin berat bagi sesetengah orang untuk bangun. Tapi, sekali lagi, suami tidak pernah (setakat ini) lagi minta makanan yang berat. cukup sekadar semangkuk kecil oats, 2 keping roti & segelas air panas. What more do I want from this guy?
Indah sungguh Ramadhan tahun ini....!!! ~~

No comments: